Membaca Surah al-Fatihah
Dalam
solat, Surah Al-Fatihah merupakan satu-satunya surah
yang diwajibkan. Surah ini wajib dibaca pada setiap rakaat dan bacaannya
hendaklah tertib mengikut susunan ayat yang betul dan hendaklah dijaga tajwidnya. Bacaan
basmalah
diwajibkan kerana ayat itu juga sebahagian daripada surah berbanding isti'azah
yang tidak diwajibkan.Setiap ayat surah ini wajib dibaca secara berturutan dan tidak diselangi oleh apa-apa perbuatan ataupun ayat yang lain mahupun diam yang agak lama yang cukup untuk memutuskan bacaan al-Fatihah itu.
Bagi mereka yang tidak tahu atau tidak berupaya untuk membacanya dengan sempurna kerana baru memeluk agama Islam, maka hendaklah dia membaca tujub ayat Quran yang berturutan atau tujuh ayat yang tidak berturutan (atau berasingan) yang tidak kurang bilangan huruf dalam al-Fatihah. Jika masih tidak mampu membaca mana-mana ayat Quran, dia dikehendaki membaca zikir yang sama bilangan hurufnya dengan huruf Fatihah. Jika masih tidak mampu, hendaklah sekadar diam pada jarak masa bacaan Fatihah itu sendiri.
Bilangan ayat dalam surah al-Fatihah ialah tujuh ayat yang kesemuanya mempunyai dua puluh lima perkataan bersama bilangan huruf sebanyak 156 huruf. Maka, zikir yang diriwayatkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. digunakan bagi menggantikan bacaan untuk orang yang tidak berupaya atau tidak tahu membaca ayat Quran.
ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﷲ − ﻭﺍﻟﺤﻤﺪ ﷲ − ﻭﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ − ﻭﺍﷲ ﺃﻛﺒﺮ − ﻭﻻﺣﻭﻻ ﻭﻻ ﻗﻮﺓ ﺇﻻ ﺑﺎﷲ − ﻣﺎﺷﺎﺀ ﺍﷲ ﻛﺎﻥ − ﻭﻣﺎﻟﻢ ﻳﺸﺎﺀ ﻟﻢ ﻳﻜﻦ Subhanallah - Walhamdulillah - Wa la ilaha illallah - Wallahu akbar - Wa la haula wala quwata illa billah - Ma sya Allahu kana - Wa maa lam yashaa u lam yakun
Ayat tersebut hendaklah dibaca dua kali untuk menyamai bilangan huruf surah al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan